MARHALAH (TAHAPAN) DAKWAH
A.
TAHAPAN DAKWAH BERDASARKAN TUJUANNYA
1.
Marhalah Ad-Di’ayah (At-Ta’rif)
Marhalah
propaganda, memperkenalkan, menggambarkan fikrah dan menyampaikan kepada orang
ramai di setiap lapisan masyarakat.
Dalam
tahapan ini dakwah dilakukan dengan menyebarkan fikrah Islam di tengah
masyarakat. Adapun sistem dakwah untuk tahapan ini adalah sistem kelembagaan.
Urgensinya adalah kerja sosial bagi kepentingan umum, sedangkan medianya adalah
nasehat dan bimbingan sekali waktu, dan membangun berbagai tempat yang berguna
di waktu yang lain, juga berbagai media aktivitas lainnya.
2.
Marhalah At-Takwin
Marhalah
pembentukan, memilih para pendokong, menyiapkan angkatan tentera, pendakwah dan
jihad erta mendidik mereka. Mereka dipilih dari golongan yang telah menyambut
seruan dakwah.
Dalam
tahapan ini dakwah ditegakkan dengan melakukan seleksi terhadap anasir positif
untuk memikul beban jihad dan untuk menghimpun berbagai bagian yang ada. Sistem
dakwah -pada tahapan ini- bersifat tasawwuf murni dalam tataran ruhani, dan
bersifat militer dalam tataran operasional. Slogan untuk dua aspek ini adalah: perintah dan taat- tanpa ragu dan bimbang.
Dakwah
pada tahapan ini bersifat khusus. Tidak dapat dikerjakan oleh seseorang kecuali
yang memiliki kesiapan secara benar untuk memikul beban jihad yang panjang
masanya dan berat tantangannya. slogan utama dalam persiapan ini adalah: totalitasketaatan.
3.
Marhalah Tanfiz
Marhalah
pelaksanaan, beramal, berusaha untuk mencapai tujuan. Selalunya ketiga-tiga
marhalah ini berjalan berseiring dan diselaraskan memandangkan bahwa kesatuan
dan kekuatan dakwah adalah bergantung kepada percantuman di antara satu dengan
seluruhnya. Oleh itu para pendokong dakwah di dalam berdakwah, mestilah memilih
dan membentuk dan di waktu yang sama dia beramal dan melaksanakan apa yang
boleh dilaksanakan.
Dakwah
dalam tahapan ini adalah jihad; tanpa kenal sikap plin-plan, kerja terus
menerus untuk menggapai tujuan akhir, serta kesiapan menanggung cobaan dan
ujian yang tidak mungkin bersabar atasnya, kecuali orang-orang yang tulus.
Dakwah ini tidaklah dapat meraih keberhasilan, kecuali dengan "ketaatan
yang total" juga.
Dakwah Islam yang pertama di zaman Rasulullah telah melalui tiga
peringkat ini.
Muslimin di zaman itu telah mengenali agama mereka, terdidik dan
terbentuk di madrasah Rasulullah lalu mereka bangun dan membangkit mendokong
dakwah Islam dengan sebaik-baiknya.
Oleh kerana itu, kita diperingatkan supaya sentiasa berwaspada
dari sudut jalan manakah seseorang itu menyeru dalam usaha-usaha dan
kerja-kerja Islamnya. Adakah dia memberi perhatian dan memberikan hak kepada
ketiga-tiga marhalah itu.
Sesungguhnya sesiapa yang tampil ke hadapan untuk melaksanakan
tugas untuk dakwah dan merealisasikan cita-cita dakwah, dia mestilah mengetahui
dengan sungguh-sungguh dakwah Islam. Mereka mengenali dan memahami dasar dengan
pengenalan dan kefahaman yang sebenarnya. Di samping itu dia mesti menjadi contoh
yang benar dan baik dalam setiap lapangan hidup.
Oleh kerana itu di sini kita akan coba membentangkan bagaimanakah
bentuk marhalah atau peringkat-peringkat itu dengan penerangan yang lebih luas
sedikit dari pada yang lalu supaya anda lebih jelas tentang perkara ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar